Joyce Torrefranca, seorang pelajar dari Cebu Doctors University menjumpai Daniel Cabrera, 9, sedang belajar di tepi restoran makanan segera McDonald pada 23 Jun lepas.
Foto tersebut yang pantas viral dan dikongsi lebih 6,000 pelayar di Facebook kemudian menarik perhatian media.
Menurut Iris Prak, pengurus restoran McDonald tersebut memberitahu bahawa Cabrera, ibunya dan adiknya Gabriel, 7 sering berada di lokasi berkenaan untuk meminta sedekah.
"Selalunya mereka meminta air, jadi kami berikan mereka air," kata Prak yang juga membenarkan Cabrera untuk 'tinggal' di lokasi berkenaan.
Menurut beliau, adik-beradik tersebut sering belajar di bawah lampu restoran berkenaan kerana rumah mereka musnah dalam kebakaran.
"Daniel mahukan permainan. Saya beritahu dia, jika beliau mendapat markah tinggi, kami akan berikan dia dan adiknya permainan," jelas Prak.
Salah seorang guru Cabrera menyifatkan kanak-kanak berkenaan sebagai 'anak yang gembira'.
"Beliau juga pintar dan selalu menjawab soalan semasa perbincangan," kata Rosalina Detuya. Credit joyce torrefranca ---SUMBER
0 comments:
Post a Comment