Pendedahan pelacur yang menggelarkan dirinya sebagai Zara itu dibuat menerusi status di laman Facebooknya ternyata mengejutkan netizen.Lebih sensasi, kenyataan Zara yang mendakwa ustaz tersebut merupakan graduan lulusan undang-undang dari Universiti Al-Azhar mengundang teka-teki dan persoalan ramai.
Sudah terang lagi bersuluh, Zara dalam kenyataan terakhirnya mendedahkan identiti pelanggan yang berhutang dengannya merupakan seseorang yang berpangkat Dato bergelar Ustaz Y.
Difahamkan, Dato’ Ustaz Y berhutang sebanyak RM3,000 selepas mendapatkan khidmat seks daripada Zara.Namun, sejauh mana kebenaran hal ini masih lagi menjadi tanda tanya.
Tapi kalau benar pendedahan ini, siapalah agak-agaknya gelaran ‘Ustaz Y’ misteri itu?
Kalau melihat kepada status-status yang diletakkan, ternyata Zara seorang yang menggemari suami orang.
Malah dia turut meminta bukti adakah bakal pelanggannya suami orang atau tidak.Di bawah ini, kami sertakan video yang dirakam Zara ketika berurusan dengan beberapa pelanggannya. Alahai, kami sendiri akui mendengar suara Zara yang serak-serak basah dan seksi ini, memang boleh buat mana-mana lelaki cair jadinya.
Apa yang paling mengejutkan lagi, apabila Zara mendedahkan kepada seorang pelanggan bahawa lebih 1,000 lelaki sedang menantikan perkhidmatan seksnya. Nampaknya, Zara benar-benar laris dalam kalangan lelaki hidup belang! – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment