Friday, 17 July 2015

Mengejutkan!! Berpesta Dalam Bilik Persalinan Uniqlo Di Beijing Jadi Viral [ Video ]

SENSASI internet..sebuah video seks yang dirakam di dalam bilik persalinan kedai baju popular, Uniqlo di Beijing, China kini viral di media sosial.

Aksi ghairah pasangan di dalam bilik kecil itu tersebar luas menerusi aplikasi Wechat dan laman sosial tempatan China sejak dua hari lalu.


Video tersebut dirakam secara amatur melalui kamera telefon bimbit lelaki itu dan tidak lama kemudian pengguna laman sosial berjaya menemui akaun sosial dua individu tersebut secara online.

Namun pasangan itu menafikan bahawa mereka adalah individu yang beraksi di dalam video tersebut.

Menurut sumber, mereka berdua dipercayai baharu sahaja bertemu sebelum melakukan perkara terkutuk itu di dalam bilik berkenaan.

UNIQLO-SEX-1

Walaubagaimanapun, punca video itu tersebar masih belum diketahui dan ada yang membuat dakwaan bahawa itu adalah strategi pasaran Uniqlo untuk menarik perhatian orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Read more…

Wednesday, 15 July 2015

Fuhh!! Ramai peminat kurang senang dengan penampilan Mia Ahmad ketika pelancaran butik ?

Ramai peminat memberi komen yang mengatakan pemakaian Mia Ahmad tidak sesuai ketika berada di pelancaran butik Mumuscarves adalah tidak sesuai.


Di sini kita boleh lihat beberapa komen yang telah di sunting yang mengatakan Jeans Mia Ahmad terlalu ketat dan tidak sesuai di gayakan dengan oleh seorang muslimah.

Di harap ini akan menjadi pengajaran kepada ikon bertudung Malaysia masa kini agar menjaga adab pemakaian dan tatasusila seorang muslimah. Mungkin mengenakan Pants besar macam selalu Mia Ahmad pakai akan nampak lebih cantik.

10268822_1685722051659131_1671089529_n

miaketat01

Read more…

Fuhh Terbaikla!! Klip Video Remaja Cina Nyanyi Lagu Raya Jadi Viral

PETALING JAYA: Sebuah klip video yang memaparkan sekumpulan remaja Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya, nyanyian Saloma semasa menaiki kereta api menjadi viral.

Klip video berdurasi 30 saat itu dilihat sebagai tanda perpaduan terutamanya selepas insiden rusuhan di Plaza Low Yat pada Ahad lalu.



Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter, Arisya pada malam Isnin dan ditwit semula lebih 4,000 kali.

“Padunya Chinese pun nyanyi lagu raya dalam KTM!," tulis Arisya.

Seorang pengguna Twitter juga kagum dengan mesej positif yang disampaikan menerusi klip video tersebut.

"Ia sesuatu yang indah," tulis pengguna @AnihAzmi.

“Rakan India saya pun pasang lagu raya kat office,” tulis pengguna @Zulfahmiabsalam.

Klip video tersebut turut mendapat like lebih 1,600 oleh pengguna Twitter yang lain.Namun, tidak diketahui tarikh sebenar klip video tersebut dirakamkan.

SUMBER

Read more…

Mengejutkan!! Rebecca Nur Islam ‘Naik Hantu’ Belasah Pekerja Sendiri ?

Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dipukul bekas majikannya yang juga seorang pelakon wanita, Rebecca Nur Al-Islam selepas menyerahkan surat berhenti kerja di syarikat miliknya.

Dalam kejadian pada jam 2.15 petang, Khamis lalu, wanita berumur 25 tahun itu dikatakan pergi ke rumah pelakon terbabit di Ukay Perdana untuk menyerahkan surat berhenti kerja dan memulangkan barang syarikat.

Sumber memberitahu, pekerja itu mendakwa pelakon itu tiba-tiba ‘naik angin’ dan bercakap kasar dengannya.



Menurutnya, tindakan itu juga dibalas dengan bahasa kasar oleh wanita terbabit sebelum dia mendakwa dipukul dengan menggunakan tangan.

“Bekas majikannya didakwa memukul menggunakan tangan di bahagian muka dan bahu wanita itu sehingga mengakibatkan bengkak di muka dan bibir. Pekerja itu kemudian bertindak membuat laporan polis.

“Anggota polis kemudiannya pergi ke lokasi kejadian namun pelakon terbabit tiada di rumah semasa siasatan dilakukan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada kedua-dua pihak.

“Kita sudah menerima laporan mengenai insiden itu daripada wanita yang juga bekas pekerja dan artis terbabit.

“Bagaimanapun polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan. Polis akan panggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda tidak sampai RM2,000 atau kedua-dua sekali dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Dalam pada itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklum balas Rebecca Nur Al-Islam menerusi panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp sejak semalam gagal.

SUMBER ASAL

Read more…

Tuesday, 14 July 2015

Mengejutkan!! Rakaman CCTV Dakwa Lelaki Curi Telefon di Low Yat Jadi Viral

Rakaman-CCTV

Kuala Lumpur – Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di media sosial mendakwa lelaki yang mencetuskan keganasan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu memang mencuri telefon.


Bagaimanapun, rakaman yang disiarkan bukan yang penuh dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian.



Sumber

Read more…

Mengejutkan!! Inilah Gambar yang sungguh memalukan [ 5 Gambar ]

Gambar yang sungguh memalukan Gambar yang sungguh memalukan adalah Entri ulangsiar dari Borak Kosong! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Gambar yang sungguh memalukan membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.



Seorang pelancung wanita asal China dikritik keras kerana kelakuannya . Dia didapati mengeringkan pakaian dalamnya di atas sebuah pagar di dalam taman bermain Disneyland Hong Kong.

Seorang saksi  bernama Lee mengatakan, saat itu dia sedang mencari tempat untuk menonton parade di The Happiest Place on Earthpada 29 Jun 2015. Matanya terpandang pada seorang perempuan yang sedang menjemur lima pakaian basah, termasuk bra dan seluar dalam, di atas pagar besi.


Sebagian pakaian dalam yang dijemur oleh turis wanita yang bandel ini
Kemudian, seorang petugas taman bermain kemudian menghampiri perempuan tersebut dan memintanya untuk segera mengambil pakaian basahnya. Dia lantas segera mengambil kembali jemurannya yang masih basah. Tapi, itu hanya sementara.


Setelah petugas yang memperingatinya pergi, wanita yang nakal ini kembali menjemur pakaiannya
Tak lama kemudian, perempuan keras kepala itu kembali menjemur pakaiannya tepat saat parade dimulai. Petugas pun sekali lagi memintanya untuk mengambil barang-barangnya.

Read more…

Sunday, 12 July 2015

Kisah Benar Yang Mengejutkan Ramai !! Suami Curaang Dengan Tunang Orang

Curangg dengan rakan pejabat, bersekedudukan bawah tangga. Berkali-kali saya mendesak ingin mengikuti suami menghadiri satu program melibatkan famili di tempat kerjanya.

Entah kenapa saya dapat rasakan pelawaan suami minggu lepas sekadar satu pelawaan kosong tanpa maksud.

Meski bibirnya memaklumkan tentang program itu berkaitan famili, lagaknya seakan berharap saya tidak berkeputusan untuk mengikut. Tapi dia silap. Sekali dia mempamerkan sikap teragak-agak, sepuluh kali curiga ini berganda.


Hari berkenaan, saya bersiap cantik-cantik. Pembantu rumah, Nisa dan bayi kecil kami berusia enam bulan juga sudah siap. Kami menunggu di garaj kereta. Suami bangun pagi dan bersiap dengan langkah longlai.

Dua hari lepas, dia balik jam 1 pagi minta saya sediakan nasi. Katanya selesai praktis untuk persembahan dia tak sempat makan malam dan terus balik rumah dalam kelaparan. Sebagai suri rumah dan seorang isteri, saya sediakan makanan secepat mungkin seperti yang dia minta. Saya padamkan letih demi dia.

Kami tiba di pejabatnya jam 6.40 pagi. Jemput rakan sekerja suami bernama Faiz dan kami terus bergerak ke Putrajaya lokasi di mana hari keluarga pejabat suami diadakan. Saya, Nisa dan bayi diam di kerusi belakang. Faiz bersalam dengan saya sambil tersenyum kelat.

“Eh, semua ikut? Maaf kak, Din cakap akak tak ikut.” Hati bertambah curiga tapi salamnya saya sambut juga.

“Din, Suzi dah siap. Kita jemput dia di hotel sebelah restoran tempat kita makan malam semalam.” Selamba ayat itu melurut dari bibir Faiz.

Hati bertambah panas bila mendengar nama Suzi disebut-sebut. Nama perempuan. Tinggal di hotel sebelah restoran tempat makan semalam?

Habis yang dia katakan tidak makan itu apa pula? Saya mula menendang tempat duduk kerusi pemandu dari arah belakang, memberi amaran bahawa hati saya sudah mula hendak panas.

Suami masuk hotel

Sambungan Sepenuhnya DISINI

Read more…

Mengejutkan Lagi !! Luluh Hati Suami, Isteri Di Pestakan Mat Afrika

KUALA LUMPUR - Luluh hati seorang suami sejurus menangkap wanita yang bergelar sebagai isterinya sedang bersekedudukan dengan seorang lelaki Afrika di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang, kelmarin.

Mangsa, seorang kontraktor, menyerbu bilik hotel itu dengan dua anak saudaranya serta diiringi polis pada jam 2.30 pagi.


Sebelum itu, mangsa yang berusia 50-an itu mengesyaki wanita itu curang dan selalu turun ke ibu kota untuk bertemu dengan keli Afrika itu.

Susulan itu, mangsa merancang untuk menyiasat dan berpura-pura memberitahu isterinya yang dia ingin ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, lelaki itu menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori wanita itu yang didapati meninggalkan rumah mereka.

Lelaki terbabit kemudiannya mengekori isterinya sehingga ke ibu kota.

Melihat isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, lelaki terbabit bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan untuk melakukan serbuan.

Tekaan lelaki itu tepat apabila serbuan mendapati wanita itu curang dan sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria. Malah, wanita itu ditemui dalam keadaan yang tidak berpakaian lengkap.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

Sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997). - HARIAN METRO

Read more…

Fuhh!! Kisah Penuh & Sayu Wanita Hadir Di Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih

Sekeping gambar wanita peluk bekas kekasihnya di masjlis perkahwinan tersebar di media sosial.

Kisah tersebut berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung pada 17 Oktober yang lalu.

Pada tarikh itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Rais (bukan Rais Yatim), 25, sedang melangsungkan pernikahannya.



Menariknya, antara yang turut hadir ke majlis perkahwinan itu adalah Risna, 22, bekas kekasih pengantin lelaki. Risna hadir ke majlis berkenaan di atas jemputan lelaki itu sendiri.

Risna yang tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu terus melangkah ke pelamin dan bersalaman dengan Rais sebelum memeluk bekas teman lelakinya itu di hadapan khalayak ramai termasuklah isteri Rais sendiri membuatkan orang ramai kaget seketika.

Tindakan Risna itu membuatkan suasana majlis menjadi kecoh seketika. Namun ada juga yang turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku di depan mata.

Menurut sumber, Rais dan Risna sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun, semenjak 2005. Namun kerana tiada jodoh, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain.

Keluarga Rais pernah menghantar rombongan meminang Risna untuk dijadikan isteri selepas bertahun-tahun menjalinkan ikatan cinta. Malangnya, pinangan dari keluarga Rais itu ditolak mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” ujar keluarga Rais.


Gambar saat Risna memeluk Rais menjadi sangat viral dan hangat diperkatakan di media sosial Indonesia.

Risna bagaimanapun tidak menyangka gambar kehadirannya di majlis perkahwinan bekas teman lelakinya itu tersebar di media sosial. Apatah lagi aksinya memeluk Rais yang sudah menjadi milik orang lain.

“Saya tidak tahu kok bisa tersebar,” ujar Risna pada malam Isnin 20 Oktober.

Mahasiswi Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Panrita, Bulukumba itu juga mengakui tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu.

Manakala di Facebook Risna pula tidak henti-henti dihujani dengan kata-kata semangat dari rakannya agar tabah menghadapi apa yang berlaku.  - My Media Hub

Read more…

Mengejutkan Lagi !! Penjelasan Pemilik Kedai Telifon Di Plaza Low Yat

Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.

See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.



Menurutnya, lelaki terbabit terus menghilangkan diri ketika dia leka hendak memberi hadiah percuma dan membawa bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu.

"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.

"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," katanya.

Ming Ho berkata, tiga jam kemudian tujuh lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, petang tadi.  -- Sumber

Read more…