Sunday, 28 June 2015

Fuhh 3 Gambar : Pasangan pelajar ke perpustakaan hanya untuk bermanja ?

Keruntuhan moral di kalangan pelajar semakin membimbangkan bukan hanya di negara kita tak terkecuali di negara jiran kita Singapura.


Aksi pelajar wanita bertudung dan pasangan ke Perpustakaan di Jurong East bukan untuk mengulangi pelajaran atau mencari data untuk pembelajaran Mereka namun sebaliknya mereka melakukan aksi tak senonoh di tempat awan itu.

Di dalam gambar, gadis itu dilihat duduk di hadapan lelaki itu, yang mempunyai tangan di bawah bajunya, mereka duduk dalam kedudukan yang pelik dan berkelakuan weirdly



Perkara ini mendapat kecaman para pengunjung lain yang meluat dengan aksi pasangan terbabit yang mana gambar tersebut telah menjadi viral, oleh itu untuk semua pelajar atau pasangan berhati-hati lah apa yang anda lakukan jangan lah memalukan diri sendiri. - Credit Blog

Read more…

Saturday, 27 June 2015

Fuhh Comell : 5 Gambar Adik Wawa Zainal Yang Cun Melecun !!

Wawa Zainal merupakan pelakon cantik yang pernah menggemparakn industri hiburan tanah air ekoran kesnya kahwin senyap-senyap dengan Aeril Zafrel dan juga kes dengan MIG.


Wawa Zainal dilahirkan dalam keluaraga campuran Melayu Brunei, Bajau dan Filipino. Keluarga Wawa Zainal juga agak besar iaitu seramai 11 orang adik-beradik dan Wawa merupakan anak ke 8.

Wawa Zainal mempunyai adik perempuan yang comel, cantik dan cun, iras-iras wajah Wawa.






Read more…

Mengejutkan!! Gadis 17 Tahun Dipaksa Kahwin Dengan Lelaki 30 Tahun Lebih Tua

Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup seseorang namun dari raut wajah gadis ini, dapat dilihat bahawa dia amat sedih dan tidak gembira dengan perkahwinannya.


Gadis itu, Kheda ‘Luiza’ Goilabiyeva, yang baru berusia 17 tahun, telah dipaksa berkahwin dengan ketua polis, Nazhud Guchigov yang berusia 30 tahun lebih tua daripadanya.

Nazhud yang sudah beristeri turut mengancam akan menculik Kheda jika perkahwinan itu tidak diteruskan.

Menurut laporan, Kheda ditanya sebanyak tiga kali semasa proses pendaftaran sama ada dia mahu berkahwin dengan Nazhud, yang sebelum ini mendakwa dia tidak pernah memaksa keluarga Kheda menyerahkan anak perempuan mereka untuk perkahwinan berkenaan.

Poligami dibenarkan di bawah undang-undang Rusia namun usia sah untuk perkahwinan adalah 18 tahun. Bagaimanapun ia boleh diketepikan sekiranya pihak berkuasa memutuskan perkahwinan itu boleh dilaksanakan.


Perkahwinan itu didedahkan oleh seorang wartawan penyiasat Rusia, Elena Milashina, yang menulis mengenainya dalam surat khabar Novaya Gazeta, April lalu. - Sumber

Read more…

Tuesday, 23 June 2015

Fuhh!! Dituduh tangkap khalwat jatuhkan maruah Mia Ahmad

Petaling Jaya : Pelakon Mia Ahmad berasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan laporan mengenai seorang aktres ditangkap khalwat baru-baru ini.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, ia dianggap sebagai fitnah yang sangat memalukan sekali gus menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

"Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.


"Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya," katanya kepada mStar Online.Pada 12 Jun lalu, foto seorang wanita yang dikatakan pelakon popular ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersebar di laman sosial.

Beberapa individu menuduh kononnya Mia adalah wanita yang ditangkap itu.

Sementara itu, Mia berkata, berdasarkan informasi daripada rakan-rakan dan peminatnya, tuduhan itu disebarkan oleh seorang individu yang ingin menjatuhkan kariernya.

Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.


"Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.

"Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah," ujarnya yang bakal muncul menerusi drama  Dilema Wanita pada penghujung Jun ini di RTM.-MSTAR

Read more…

Fuhh!! Memang Berani Betul !! Ibu jumpa lelaki dalam almari anak gadis [ Gambar ]

#KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam almari baju selepas dipercayai merog0l seorang gadis 'kantoi' apabila dia dicekup oleh ibu mangsa sendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi Selasa lalu, apabila si ibu, 45, melihat tindak-tanduk anak gadisnya, 16, yang pelik dan mencurigakan semasa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah.


Gambar Hiasan Saja Noh !!

“Ibunya mula curiga apabila mangsa lambat buka pintu bilik semasa diketuk dan teragak-agak selepas disuruh bersiap untuk ke sekolah, sedangkan dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.

“Melihatkan perubahan anaknya yang begitu ketara, naluri si ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum membuat pemeriksaan di dalam bilik ketika mangsa berada di dalam bilik mandi,” katanya.

Selepas menyelongkar hampir keseluruhan ruang di dalam bilik berkenaan, ibu mangsa terkejut apabila menjumpai seorang lelaki dikenali yang juga rakan kepada anaknya sedang bersembunyi di dalam almari baju dalam bilik tersebut.

Mengesyaki anak gadisnya telah diapa-apakan, ibunya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sebelum lelaki terbabit ditahan.

Sementara itu, Majistret Rabiatul Adawiyah Che Khalid membenarkan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merog0l. [ Sumber ]

Read more…